Talam Lobak Merah Berlauk

Untuk Penggemar Carrot & Talam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Lobak Merah Berlauk

Untuk Penggemar Carrot & Talam

BAHAN-BAHAN

  • 150gm lobak merah – di dadu
  • 100 gm tepung beras
  • 200 ml susu segar @ susu cair
  • 100 ml santan pekat
  • 1 sudu besar butter @ minyak
  • 1/2 st garam
  • Bahan Tabur
  • 20 gm udang kering
  • 1/2 cawan bawang goreng @ lebih
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 batang cili merah
CARA PENYEDIAAN
  • rebus lobak merah sehingga empuk. Setelah empuk, toskan airnya dan lecek semasa masih panas. Tak perlu hancur sangat, agak² lobak tersebut pecah² sikit dah ok.. Sementara tu panaskan periuk kukusan.
  • satukan tepung beras, santan, susu cair, butter @ minyak, garam dan lobak merah yang dilecek kedalam periuk. Masak atas api sederhana, kacau sehingga likat. Setelah likat masukkan kedalam loyang yang disapu sedikit minyak, ratakan dengan sudu ye…Hati²,PANAS. Ketepikan.
  • goreng udang kering sehingga garing. Kemudian tumbuk @ blend kering sehingga halus.
  • Taburkan udang kering keatas permukaan talam pada loyang tadi.
  • Kemudian taburkan bawang goreng rata-rata, diikuti dengan cili merah dan daun sup yang dihiris.
  • Kukus selama 20 minit.
  • Tunggu sejuk, barulah dipotong & dihidangkan. Selamat Mencuba!~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago