Talam Keladi Berlauk

Resepi ambil dari internet + arwah mak mertua punya style. sesuai utk minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Keladi Berlauk

Resepi ambil dari internet + arwah mak mertua punya style. sesuai utk minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 450 ml santan
  • 250gm keladi (dipotong dadu kecil2)
  • 250gm tepung beras
  • 50gm udang kering ( goreng tanpa minyak & kisarkan)
  • Sos Cili
  • 3 biji cili merah (dicincang @ hiris nipis)
  • 4 tangkai daun sup @ daun bawang (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Bawang Goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Keladi dipotong kiub dan dikukus sampai empuk. Sejukkan, susun dalam loyang.
  • Sementara itu, masukkan tepung beras kedalam santan + garam dan dikacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan sedikit hirisan cili, daun sup/bawang & 1 sudu besar udang kering yang sudah dikisar kedalam bancuhan santan tersebut
  • Siramkan bancuhan santan & tepung itu kedalam loyang berisi keladi.
  • Kukus selama 30 minit. (kalau selepas kukus masih lembik/cair, bakar dalam oven selama 20 min (api atas bawah) suhu 180 darjah celcius. Selamat Mencuba.
  • Disejukkan sebentar. Sapu sos cili pada permukaan kuih, taburlah lebihan cili merah yang dipotong, daun sup/bawang, bawang goreng & udang kering. Potong dulu pun boleh sebelum ditabur topping tu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago