Talam Kaya Labu

Aneka Kuih Talam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Kaya Labu

Aneka Kuih Talam

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Lapisan Labu
  • 500gm isi labu (dikukus dan dilecek)
  • 70gm tepung jagung
  • 60gm tepung sago
  • 200ml santan pekat KARA
  • 200ml air
  • 220gm gula halus
  • 350gm telur (optional)
  • 2 helai daun pandan
  • Bahan Lapisan Putih
  • 90gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi
  • 400ml santan pekat KARA
  • 170gm gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 400ml air
  • 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Lapisan Labu : Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul rata dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis.
  • Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan kukus selama 10 minit.
  • Lapisan Putih : sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis.
  • Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
  • Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong
  • kali ni kak wan tak masukkan telur. jika suka boleh masukkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago