Sweetheart Chocolate Cake

Idea di pagi Ahad yang santai. Kek coklat biasa yang telah melalui proses pengubahsuaian.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sweetheart Chocolate Cake

Idea di pagi Ahad yang santai. Kek coklat biasa yang telah melalui proses pengubahsuaian.

BAHAN-BAHAN

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan air panas
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Coklat masakan
  • Coklat putih
  • Acuan bentuk hati
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula, pukul lagi hingga putih. Kemudian masukkan minyak masak, susu pekat. Pukul lagi. Masukkan campuran tepung. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sampai habis.
  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak. Masukkan adunan dalam acuan, masukkan sedikit sahaja, kurang dari separuh acuan. Bakar selama 5 minit.
  • Keluarkan kek dari acuan. (Ini adalah resipi kek coklat lembap tapi saya kurangkan separuh air untuk disesuaikan dengan coklat).
  • Cairkan coklat masakan secara ‘double boiler’. Jika coklat nampak pekat, letakkan sedikit minyak sayur. Masukkan coklat cair dalam acuan. Walaupun menggunakan dulang tidak melekat, saya letak sikit minyak masak pada acuan untuk memudahkan coklat dikeluarkan tanpa merosakkan bentuknya.
  • Letakkan kek bentuk hati tadi. Tekan sedikit supaya bahagian tepi turut bersalut coklat.
  • Tuangkan coklat ke atas kek untuk menyalut semua bahagian kek. Simpan dalam peti sejuk seketika.
  • Keluarkan dari peti ais, kikis bahagian tepi coklat dengan lidi. Ini adalah untuk mengemaskan bahagian tepi coklat dan memudahkan coklat dikeluarkan dari acuan. Bahagian atas nampak kurang cantik. Tak mengapa kerana ia akan jadi lapisan bawah coklat.
  • Terbalikkan dulang untuk keluarkan coklat dari acuan. Paipkan atas coklat dengan coklat putih yang telah dicairkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago