Sup Tulang Kambing

resepi dr kawan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Tulang Kambing

resepi dr kawan

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg tulang kambing ( bhgn rusuk )
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2″ halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 mangkuk air panas
  • 3 mangkuk air
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • 2 sb garam & 1/2 sk ajinomoto
  • 3 sb minyak
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam mangkuk kaca, satukan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih & bunga lawang
  • Masukkan air panas yang baru saja dimasak, tutup mangkuk rapat. Biar sehingga air menjadi suam. Selepas itu toskan bahan2 rempah & simpan air rendaman.
  • Tumbuk lumat bawang putih & bawang merah. Halia & lengkuas diketuk separuh lumat.
  • Panaskan minyak dalam periuk (lagi mudah kalau guna pressure cooker) tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan2 rempah yang telah direndam tadi. Gaul sekata.
  • Masuk pula halia & lengkuas. Biar selama 2minit. Masukkan tulang2 kambing, kacau biar bergaul dgn rempah,kecilkan api biar selama 10minit.
  • Masuk air & air rendaman rempah. Kacau sekata. Tutup periuk & dengan api perlahan reneh sehingga tulang empuk,biasanya dalam 1 1/2 jam.
  • Bila dah empuk, masuk lada sulah, garam dan ajinomoto. Adjust mengikut selera anda. Padamkan api, masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Tutup periuk rapat selama 20 minit. Siap utk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago