Ala mamak… mesti cuba tau!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Tulang Diva

Ala mamak… mesti cuba tau!!!

BAHAN-BAHAN

  • Tulang lembu 1 kg
  • Daging cincang 300gram
  • 3 sekawan
    * Kayu Manis
    *Bunga Lawang
    *Buah Pelaga
  • Sup bunjut
  • Rempah sup ( Adabi )
  • Bawang merah 3 ulas ( di mayang )
  • Bawang Putih 2 ulas ( di mayang )
  • Limau Nipis 1 biji
  • Daun sup / Bawang ( RM 1.00 )
  • Bawang Goreng
  • Lada Sulah ( Putih )
  • Susu Cair 1/2 cawan
  • Garam kasar 1 sudu makan ( ikut citarasa masing2 )
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus tulang dan daging cincang dengan api perlahan… sehingga empuk ( lebih kurang 1 jam )
  • Tos kan tulang dan daging tadi…
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan 3 sekawan.. sehingga naik bau…
  • Masukkan air, tulang, daging dan sup bunjut…
  • Tambahkan garam dan lada sulah… biarkan sehingga mendidih…
  • akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan susu cair dan perahan limau nipis…. ( kentang, carrot, tomato ) mengikut citarasa anda..
  • Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang sebagai hiasan…
  • * untuk melembutkan daging, renehkan daging dengan api kecil sahaja… sekiranya anda menggunakan api yg besar daging akan menjadi keras dan lambat empuk…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN