Sup Tulang Ala Mamak

Resepi daripada emak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1jam 30min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Tulang Ala Mamak

Resepi daripada emak

BAHAN-BAHAN

  • tulang daging 2kg
  • kentang 4 biji (potong dadu}
  • daun sup
  • cili merah 3 biji (dipotong)
  • bawang goreng RM1.00
  • limau nipis 2 biji
  • BAHAN UTK KISAR:
  • bawang merah 5 ulas
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 3 inci
  • BAHAN UNTUK DITUMIS:
  • bunga lawang 4 biji
  • bunga cengkih 4 biji
CARA PENYEDIAAN
  • Tulang daging direbus terlebih dahulu sehingga lembut.
  • Tumis bahan tumis tadi iaitu bawang merah bawang putih dan halia sehingga naik bau. Setelah naik bau barulah masukkan tomato yang telah dipotong tadi dan sup bunjut.
  • Tumis sehingga tomato hancur dan bahan kisar tadi nampak kekuningan.
  • Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis dan serbuk ketumbar ke dalam tumisan tadi.
  • Apabila bau sudah naik barulah masukkan air rebusan daging tadi sedikit demi sedikit..
  • Masukkan kentang yang telah dipotong dadu tadi ke dalam kuah sup tersebut dan masak kentang sehingga lembut.
  • Masukkan tulang daging tadi bila kuah sudah mendidih dan masukkan garam dan ajinomoto ke dalam kuah tersebut.
  • Bila sudah siap ramas setengah bawang goreng ke dalam kuah tadi.
  • Semasa menghidang bolehlah ditabur daun sup, cili merah dan sedikit bawang goreng. Perahkan sedikit limau nipis ke dalam hidangan tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago