Sup Telur Sedap

amat mudah untuk di buat, dan sangat sedap! cuba la ok semua! :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Telur Sedap

amat mudah untuk di buat, dan sangat sedap! cuba la ok semua! :)

BAHAN-BAHAN

  • 4 Biji Telur Ayam (apa-apa gred)
  • 3 Ulas Bawang Merah (dihiris)
  • 1 Ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 3 Mangkuk air
  • 1 biji cili besar (dihiris ikut suka)
  • Garam secukup rasa (kalau tawar, tambah lagi ek)
  • Serbuk perasa secukupnya (tambah jika perlu)
  • 3 sudu besar minyak masak (digunakan untuk menumis bawang. x perlu banyak sangat. nanti masakan penuh dengan minyak. geli plak nak mkn kan.)
CARA PENYEDIAAN
  • Pecahkan telur satu persatu ke dalam mangkuk yang agak besar.
  • Kemudian, kacau telur tersebut hingga sebati. Selepas sebati, tuangkan air tadi.
  • Panaskan kuali. Masukkan minyak.
  • Masukkan garam ke dalam kuali setelah minyak sudah panas. Disusuli oleh bawang merah, bawang putih dan cili. Kacaukan.
  • Selepas bawang agak kekuningan, tuangkan telur tadi ke dalam kuali. Kecilkan api.
  • Selepas api dikecilkan, anda masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya dan gaul sebati. (Harus dilakukan dengan cepat.)
  • Kemudian setelah agak sebati, besarkan semula api dan biarkan sehingga air mendidih. Jangan kacau lagi.
  • Setelah mendidih, anda kacau perlahan di bahagian bawah kuali supaya telur yang di bawah tidak melekat dan hangus. Jangan kacau sehingga hancur ek. Sup telur ni sensitif sikit. Hehe.
  • Biarkan 2 minit setelah di kacau. Kemudian tutup api. Dan hidangkan. Selamat mencuba. ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago