Sup Sempoi

Sup ni untuk orang malas tapi lapar

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Sempoi

Sup ni untuk orang malas tapi lapar

BAHAN-BAHAN

  • 1 batang carrot di potong dadu
  • 1 batang lobak putih dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 2 cawan pasta (saya guna jenis fusilli)
  • satu kiub ayam
  • sedikit cengkih,kayu manis, jintan untuk menumis
  • 3 sudu minyak zaitun
  • segenggam daun ketumbar di hiris halus
  • 4-5 cawan air
  • 4 sudu besar tomato paste
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang, cengkih, kayu manis, jintan
  • Setelah naik bau, masukkan air, tomato paste, dan kiub ayam
  • Masukkan kentang. Masukkan carot dan lobak putih selepas kentang separuh masak
  • Setelah mendidih masukkan pasta. Tambahkan garam secukup rasa, dan sup siap setelah pasta lembut (check masa memasak pasta kat plastic pembalut..fusilli lebih kurang 11 minit)
  • Masukkan daun ketumbar dan sup siap untuk dimakan. Kalau tak suka daun ketumbar, boleh gantikan daun sup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago