Sup Makaroni Sempoi

Resepi rekaan sendiri, untuk makan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Makaroni Sempoi

Resepi rekaan sendiri, untuk makan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 200 gm makaroni
  • 1/4 ekor ayam – dipotong kecil
  • Perencah sup – mengikut kegemaran, saya guna perencah mee sup Adabi
  • Sayur-sayuran seperti lobak merah, jagung muda, saderi, bunga kobis
  • Daun sup dan bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam dan rebus di dalam periuk – kuantiti air adalah mengikut citarasa.
  • Bersihkan dan potong sayur mengikut citarasa.
  • Masukkan perencah sup dan lobak merah ke dalam rebusan ayam apabila telah mendidih.
  • Masukkan pula makaroni ke dalam periuk.
  • Apabila makaroni sudah agak lembut, masukkan sayuran yang lain.
  • Apabila sayur telah lembut, boleh la dimatikan api. Tabur daun sup dan bawang goreng. Tambahkan garam, jika perlu.
  • Nota: sup ini memerlukan banyak air kerana makaroni akan menyerap air. Selalunya orang akan merebus makaroni berasingan, tetapi dengan cara memasukkan makaroni ke dalam sup akan menambah perisa kepada makaroni tersebut.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago