Sup Krim Cendawan dan Jagung

Sup yang lazat untuk dinikmati di depan tv :) Tersangat lah mudah untuk disediakan. Tak sampai 10 minit pun. Yang penting rasanya lemak berkrim sehingga menjilat sudu!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Krim Cendawan dan Jagung

Sup yang lazat untuk dinikmati di depan tv :) Tersangat lah mudah untuk disediakan. Tak sampai 10 minit pun. Yang penting rasanya lemak berkrim sehingga menjilat sudu!!

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket Cream of Mushroom (saya guna Knorr)
  • 1 mangkuk kecil cendawan butang dihiris nipis
  • 1 mangkuk kecil jagung tin
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • sedikit daun herba kegemaran anda (saya guna dill)
  • sedikit minyak zaitun untuk menumis
  • 4-5 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan cendawan, dan kacau sekejap sehingga layu.
  • Masukkan jagung (dengan air jagung tu sekali). Saya guna jagung manis biasa, bukan yang berkrim.
  • Masukkan 4 cawan air. Setelah air panas, masukkan serbuk Cream of Mushroom. Kacau sehingga mendidih. Sekiranya sup terlampau pekat, boleh tambahkan air.
  • Setelah mendidih, tutup api dan masukkan herba dill. Siap untuk di makan.
  • NOTA : Tak perlu garam kerana serbuk Cream of Mushroom tu dah ada garam. Saya cuma tambah sedikit serbuk lada hitam untuk kasi kick sikit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago