{Sup Ekor Mudah}

Kombinasi Resepi Tradisi & Siam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

{Sup Ekor Mudah}

Kombinasi Resepi Tradisi & Siam

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ekor lembu tempatan (kalau segar, baru sembelih lebih cepat empuk dan manis)
  • 1 labu bawang holland / bawang besar kuning – mayang nipis (kalau bawang besar biasa boleh juga tapi bawang holland lebih manis)
  • 2 batang seleri – potong serong
  • 2 bunjut rempah sup
  • 1 batang lobak merah – potong baji
  • 2 biji tomato – potong baji
  • 1 biji limau nipis – ambil airnya (untuk menghilangkan lemak)
  • 20 g gula melaka / gula kabung
  • 5 cm halia – hiris nipis
  • garam secukup rasa
  • bahan untuk tumis darat :
  • 5 biji bawang merah – mayang nipis
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus bersama ekor, sup bunjut, halia, bawang holland dan seleri hingga empuk (lebih kurang 2 jam menggunakan periuk biasa, saya kurang suka menggunakan periuk tekanan kerana ekor akan jadi terlalu lembut dan tidak dapat merasa kekenyalan isi)
  • Masukkan tomato, gula melaka, jus limau nipis, lobak merah dan garam secukup rasa
  • Di periuk lain, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu, masukkan ke dalam periuk sup (ini dipanggil tumis darat)
  • Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidang panas
  • Jika gemarkan pedas, bolehlah tumbuk 7-9 cili padi dan masukkan ke dalam sup ketika hampir hendak menutup api

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago