Kombinasi Resepi Tradisi & Siam
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
{Sup Ekor Mudah}
Kombinasi Resepi Tradisi & Siam
BAHAN-BAHAN
- 1 kg ekor lembu tempatan (kalau segar, baru sembelih lebih cepat empuk dan manis)
- 1 labu bawang holland / bawang besar kuning – mayang nipis (kalau bawang besar biasa boleh juga tapi bawang holland lebih manis)
- 2 batang seleri – potong serong
- 2 bunjut rempah sup
- 1 batang lobak merah – potong baji
- 2 biji tomato – potong baji
- 1 biji limau nipis – ambil airnya (untuk menghilangkan lemak)
- 20 g gula melaka / gula kabung
- 5 cm halia – hiris nipis
- garam secukup rasa
- bahan untuk tumis darat :
- 5 biji bawang merah – mayang nipis
- 3 ulas bawang putih – hiris nipis
CARA PENYEDIAAN
- Rebus bersama ekor, sup bunjut, halia, bawang holland dan seleri hingga empuk (lebih kurang 2 jam menggunakan periuk biasa, saya kurang suka menggunakan periuk tekanan kerana ekor akan jadi terlalu lembut dan tidak dapat merasa kekenyalan isi)
- Masukkan tomato, gula melaka, jus limau nipis, lobak merah dan garam secukup rasa
- Di periuk lain, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu, masukkan ke dalam periuk sup (ini dipanggil tumis darat)
- Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidang panas
- Jika gemarkan pedas, bolehlah tumbuk 7-9 cili padi dan masukkan ke dalam sup ketika hampir hendak menutup api
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.