hidangan taim puasa dulu…cara hamba amat berbeza so kalau tak berkenan sila ikut resepi lain yang banyak disini….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup ekor extreme

hidangan taim puasa dulu…cara hamba amat berbeza so kalau tak berkenan sila ikut resepi lain yang banyak disini….

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo ekor lembu dan 1 kilo daging yang banyak urat. (kombinasi ini memang best)
  • 4 biji bawang besar dihiris, 1 labu bawang putih diracik dan 3 inci halia juga dihiris2.
  • 2 genggam cili api (kuantiti yang banyak) dipotong kecil2.
  • 2 ketul sup bunjut adabi.
  • 4 biji bawang holand(bawang besar yg kaler kuning tu) dihiris memanjang.
  • 3 batang lobak merah dipotong bulat atau ikut sukati.
  • 30 biji limau kasturi(diulangi 30 biji) perah jusnya hingga ketitisan jus yang terakhir.
  • Air untuk merebus hendaklah melebihi paras isi dalam periuk(ertinya perlu air lebih untuk mendapatkan sup yang banyak-sedap hirup woo)
  • Garam dan tok aji jangan dilupa. Bawang goreng dan daun sup untuk menyerikan hidangan bagi nampak cantik dan menyelerakan(sori, hamba jarang bubuh..hehe).
CARA PENYEDIAAN
  • Bismillah, mula2 rebus ekor lembu dan daging sekali dalam periuk yang besar dengan air yang banyak selama 2 atau 3 jam bergantung kepada api dapur atau sehingga ekor lembu benar2 lembut seolah olah akan terlerai dari tulangnya gitu..bagi empuk baru best dan senang makan.
  • Sementara merebus sila goreng bawang besar(bukan bawang holand), bawang putih, halia dan cili api sekali dalam kuali dengan 2 3 senduk minyak sehingga semuanya kekuningan. Kemudian bubuh dalam tapisan santan untuk tuskan minyaknya. Jika anda tak suka cara ini sila goreng satu satu.
  • aisaymen..lupalak…sila bubuh sup bunjut masa merebus tadi..hehe maklumla dah senja…bila ekor lembu dah empuk sila masukan bahan2 yang digoreng tadi…bagi menggelegak sekejap dan masukan pula lobak dan agak2 2 3 minit menggelegak selepas dimasukan lobak tuang air jus limau kasturi dan akhir sekali rasa garam dan tok aji dan tak lupa juga bawang holand yang banyak itu…bagi menggelegak seminit lagi dan tutup api.
  • Kenapa perlu bawang holand banyak2? Sebab best…bawang itu akan membuat kuah jadi sedikit pekat…malah bawang itu sendiri seolah olah macam jeli jadinya dan bayangkan bila ia menyelinap kedalam tekakbila dihirup…perghhh amat menyelerakan dan menyamankan…(bagi yang suka bawang laa… baik untuk penambahan sistem zuriat lelaki-info percuma)
  • Lobak saja sesuai untuk resepi ni sebab kalau bubuh kentang..kentang akan jadi masam…tak sesuai dan tak best…! Kenapa asam limau dibubuh masa memasak? Ini kerana bagi hamba ia akan mesra sekata dalam sup..rasanya tidak berbelah bagi…jika asam limau yang biasa orang bubuh bila taim makan tu yang dicampur dengan kicap dan cili itu bagi hamba ia hanya akan menyerlahkan rasa limau cili dan kicap saja…akan tetapi dengan cara hamba diatas bagi diri hamba yang kedinginan ini ia membangkitkan aura untuk menambah nasi lagi…oh tidak!
  • Gambar diatas tiada kelihatan bawang holand kerana hamba terlupa bubuh walau dah dihiris….dan hamba bubuh balik lepas tu…kalau nak buang lemak yang berlebihan caranya taim merebus sila sengetkan periuk ketika ia menggelegak kesebelah kiri atau kanan supaya ia menggelegak sebelah sahaja supaya buih lemak itu berkumpul disebelah periuk yang tak kene api dan cedok lah lemak itu sehingga anda pasti ia tiada….atau cara hamba ialah bagi ia sejuk..masukan dalam beberapa bekas dan bubuh dalam peti…sah nampak lemak yang timbul…kaut dengan sudu dan buang atas tanah…jangan dalam singki nanti tersumbat!
  • Jika simpan dalam peti ia boleh tahan berminggu minggu…taim nak makan bubuh dalam mangkuk dan panaskan dengan microwave….modal buat lebihkurang rm45…boleh dapat 15 mangkok…semangkok kat restoren mamak sekarang rm12….culculate yourself how untungnya….bagi yang ada suami yang suka sup ekor pasti anda akan disayangi lebih lagi…bayangkan 15 mangkok 15 hari makan sup ekor dan 15 hari yang membahagiakan….selamat mencuba yang tak pernah dicuba! wasallam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN