Sup Cendawan

Sup cendawan yang mudah.. Enak dimakan bersama roti atau nasi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Cendawan

Sup cendawan yang mudah.. Enak dimakan bersama roti atau nasi.

BAHAN-BAHAN

  • 5-6 keping cendawan
  • Lobak merah
  • Isi ayam
  • Isi ketam
  • Tepung jagung
  • Sos tiram
  • Putih telur (daripada sebiji telur)
  • Sekeping tauhu
CARA PENYEDIAAN
  • Cendawan, tauhu, isi ayam, dan lobak dipotong nipis-nipis.
  • Isi ayam dicampurkan dengan sesudu tepung jagung.
  • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan isi ayam tadi.
  • Masukkan cendawan, lobak dan tauhu. Isi ketam jangan masukkan terlalu awal takut terlalu hancur.
  • Masukkan 2 sudu sos tiram.
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan ke dalam masakan tadi. Pastikan kuah sedikit likat.
  • Tambah garam secukup rasa dan masukkan putih telur sambil dikacau.
  • Bolehlah dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi atau roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago