Sup Bebola Ikan Terengganu

Untuk penggemar ikan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Bebola Ikan Terengganu

Untuk penggemar ikan.

BAHAN-BAHAN

  • 5-6 ekor ikan selayang/sardin (kalau boleh ikan yang isinya lembut). Ikan tenggiri pun tak apa.
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1-2 biji kentang – dipotong dadu
  • Minyak (rendah lemak) untuk menumis
  • Air, garam dan perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan – buang kepala dan perut. Potong ambil isi sahaja. Maksudnya buang tulang tengah tu. Kisar isi ikan. Bila dah hancur (tak hancur sangat pun tak apa) buat bulat-bulat macam bebola tu. Simpan dulu.
  • Kuah – tumis bawang yang dikisar tadi bersama minyak dan bunga-bungaan dan kayu manis tadi sampai wangi/garing.
  • Masukkan air dalam 4 cawan bersama kentang.
  • Tunggu sampai mendidih, masukkan bebola ikan tadi.
  • Bila agak-agak ikan dah masak, masukkan suhun dan fucuk.
  • Masukkan perasa dan garam. Pastikan kentang empuk sebelum ditutup api.
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi atau diratah untuk yang berdiet.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago