Sup Ayam Campur Suhun & Fucuk Sempoi

Simple but nice…Kalau nak diet,tak payah makan dengan nasi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Ayam Campur Suhun & Fucuk Sempoi

Simple but nice…Kalau nak diet,tak payah makan dengan nasi.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ketul kepak ayam-dipotong 4
  • 1 biji kentang-di belah 2 & dipotong 4
  • 1 bungkus kecil suhun campur (fucuk & cendawan kering)-direndam hingga lembut & hiris ikut suka
  • 1 biji telur-dipukul sekejap
  • 5 biji bawang merah-dihiris
  • 3 biji bawang putih-dihiris
  • 2 inci halia-dihiris nipis
  • Serbuk lada hitam-Secukup rasa
  • Garam-Secukup rasa
  • 1sk Serbuk pati ayam
  • Air secukupnya
  • 1sb minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan periuk dan masukkan minyak.
  • Masukkan hirisan bawang & halia. Tumis hingga kekuningan.
  • Masukkan ayam dan gaul bersama sebentar & masukkan ubi kentang
  • Masukkan air- melebihi sedikit dari paras ayam & kentang.Kecilkan api & biar kentang & ayam empuk dulu.
  • Selepas ayam masak & kentang dah empuk,masukkan fucuk bersama cendawan.Biarkan sekejap & masukkan bahan perisa (garam,serbuk lada & pati ayam secukupnya).
  • Kemudian,masukkan suhun & gaul sekejap.
  • Akhir sekali,masukkan telur tadi & gaulkan sekejap. Lepas itu,tutup api.
  • Siap & hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago