Strawberry Cheesecake

Resipi yang diubah suai

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strawberry Cheesecake

Resipi yang diubah suai

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan untuk dasar kek
  • 150g biskut merry (Cap Tiger pun ok)
  • 20g gula kastor (dikisar dahulu
  • 150g mentega cair (panaskan dalam oven dulu sampai cair)
  • Bahan-bahan adunan
  • A: 250g cream cheese; 50g gula kastor
  • B: 20g tepung gandum
  • C: 2 biji kuning telur+1 biji telur
  • D: 250g strawberry yogurt (brand DutchLady atau Nestle)
  • E: 2 biji telur putih, 35g gula kastor
  • F: 15g tepung jagung
  • G: Buah Strawberry (Potong 7-8 biji strawberry dalam potongan sederhana besar-1 biji=8 potongan)
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara (Dasar kek)
  • Biskut merry dikisar
  • Di dalam bekas lain, masukkan gula kastor ke dalam mentega cair. Kacau sampai sebati.
  • Masukkan adunan tadi ke dalam biskut merry yang telah dikisar . Gaul sehingga sebati.
  • Tekan rata-rata dalam loyang (Sila rujuk cara nak alas loyang dalam list resepi saya yang lain) Tutup bekas dengan wrapper sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Cara-cara (adunan kek)
  • Bahan E dipukul sehingga kembang. Selepas kembang, masukkan F dan adunkan.Ketepikan.
  • Putar A hingga lembut. Tambah B dan kacau sehingga sebati
  • Campur C dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil
  • Campur D dan adun hingga rata
  • Masukkan bahan E dan F yang telah dipukul terlebih dahulu, ke dalam adunan
  • Masukkan potongan strawberry ke dalam acuan. Gaul rata-rata (tak perlu pakai pemukul)
  • Tuang semua adunan ke atas base biskut tadi
  • Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 80 minit. Boleh cucuk kek untuk pastikan dah masak ke belum.
  • Setelah masak, bukakan pintu oven sedikit (jangan buka sepenuhnya) untuk haba keluar.
  • Keluarkan dari oven selepas 1-2 jam (atau rasa bawah bekas, kalau dah suam-suam kuku, dah boleh bawa keluar).
  • Masuk dalam peti ais tapi pastikan dah wrap loyang.
  • Boleh hias kek dengan Strawberi yang dicelup dengan coklat atau taburkan coklat cair atas kek.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago