Steak Cik Noritake Dari Sweeden

Sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Steak Cik Noritake Dari Sweeden

Sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 hirisan daging stik
  • 1/2 inci halia (tumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
  • 4 sudu besar jem beri biru
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil thyme
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 sudu besar sos biji sawi
  • 50 gram marjerin
  • Garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 gelas air
CARA PENYEDIAAN
  • Kelarkan daging sedikit. Perapkan daging dengan kesemua bahan kecuali marjerin dan air. Perap selama 1 jam.
  • Panaskan kuali. Masukkan marjerin dan biar cair dan masukkan daging bersama bahan perapannya tadi. Masak atas api perlahan dan tutup kuali dengan tudung. Masak hingga daging lembut dan air daging kering. Semasa masak daging, balik-balikkan daging ini agar ianya masak sekata.
  • Angkat daging sahaja dari kuali dan letakkan dalam pinggan hidang. Tinggalkan baki bahan perapan dalam kuali. Masukkan air ke dalam kuali dan larutkan bahan perapan yang telah mendap di kuali. Masak hingga pekat. Curahkan atas stik tadi.
  • Hidangkan stik ini ketika masih panas bersama hirisan kentang, salad sayuran dan tomato saute. (Kalau suka boleh cuba makan dengan jem beri biru).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago