Spaghetti Bolognese

30 minit untuk persedian dan memasak. Resepi kegemaran semasa di Universiti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 30min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Bolognese

30 minit untuk persedian dan memasak. Resepi kegemaran semasa di Universiti.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
  • 2 labu bawang besar (yang warna kuning tu)
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 tin cendawan butang (nak letak sayur lain pun boleh)
  • 500 gm daging cincang/ayam kisar
  • 1 tin puri tomato
  • 1 tin air (sukat guna tin puri tomato tadi)
  • Oregano
  • Sedikit marjerin/mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam satu periuk, rebus air + sesudu marjerin. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dalam 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu).
  • Sementara biar spaghetti tu masak, dadukan bawang besar (kecil-kecil) dan hiris bawang putih.
  • Masukkan sedikit marjerin (dalam 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. Kalau tak suka bawang putih, keluarkan dari periuk itu selepas bawang masak.
  • Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong dadu kecil tadi. Biarkan bawang masak sekejap.
  • Masukkan daging/ayam kisar tadi. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.
  • Buka tin cendawan tadi, potong empat cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk.
  • Buka tin puri tomato, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dalam periuk tu jugak.
  • Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada daun basil/bay pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi.
  • Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je.)
  • Carikkan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk.
  • Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu sesuaikan la rasa secukupnya (garam, oregano).
  • Angkat spaghetti yang dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dengan sesudu kecil marjerin untuk bagi cantik/berkilat.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago