Spagheti prawn oleo

resepi yang sama kat piza hut….anak pakcik keje situ,skali dia bawak balik,sedap la pulak….ciput jer harga rm11…baik buat sendiri…ya resepi anak pakcik yg bagi…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spagheti prawn oleo

resepi yang sama kat piza hut….anak pakcik keje situ,skali dia bawak balik,sedap la pulak….ciput jer harga rm11…baik buat sendiri…ya resepi anak pakcik yg bagi…

BAHAN-BAHAN

  • Sebungkus spagheti.
  • 1 senduk besar minyak masak.(ya,minyak kena banyak)
  • 1 labu bawang putih-dicincang halus2.
  • 1 bijik bawang kuning@holand-diracik kecil2.
  • 1 genggam udang-lebih baik potong kecik2 supaya semua merasa..(kecuali anda kaya nak boh sekilo,tu lain citer)
  • 1 genggam isi ayam yg dicincang.(dalam resepi kt piza takde,saja pakcik nak tambah lauk)
  • 1 bungkus cendawan segar shitake-200gm= rm5.00 biasanya, hiris kecik2.
  • Serbok perasa ‘pasti sedap’ knorr yg rm3.20 tu, yg ada gambar udang…(haaa tak percaya? piza guna ni jer!)
  • 2 bijik telor-tiada dalam resepi,tapi pakcik nih spises biawak, semua nak bubuh telor…hehehe
CARA PENYEDIAAN
  • Macam biasa pakcik mulakan dengan mukadimah dulu….assalamualaikom ya ahli dapor….kalau sapa2 nak tau rasanya sila pegi piza hut dan oder spagheti prawn olio…kalau suka leh amik resepi nih….serupa! Cuma kalau buat sendiri modal baru rm20 leh makan 8 orang siap kenyang! Kat piza hut rm11 sebelum cukai dan lebih sedikit dari dalam gambar.
  • Mula mula rebus spagheti sehingga masak, toskan dan bubuh dalam bekas besar. Pecahkan telor 2 bijik dan gaul taim panas panas jika suka. jika tak suka tak apa, lagi pun dalam resepi [iza hut tak bubuh telor, pakcik jer saja nak tambah kolesterol.
  • Masa tos spagheti simpan secawan air rebusan. Ingat tu simpan sikit, jangan degil.
  • Kemudian dalam kuali masukan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Pastu masukan bawang holand dan ayam dan udang…agakn agak dah masak jer bkn sampai keras.
  • Lepas itu masukan cendawan shitake dan setengah cawan air rebusan spagheti.
  • Agak agak dah kecut sikit (jangan lama) baru bubuh serbuk perasa ‘Pasti sedap’ knorr tu dalam 3 sudu…dan rasa jika kurang masin tambah lagi, jika dah sesuai dengan selera, stop! Kalau kat piza hut ia memang masin! Strategi supaya org oder minuman lebih, pakcik rasa.
  • Proses menumis nih memakan masa lebih kurang 10 minit jer…jangan lebih nanti semua kecut. Kalau di piza hut dorang campur semua bahan dan panaskan dalam microwave 2 minit dan kemudian tabur perasa pasti sedap knorr, gaul dan terus serve….sonang sgt dan kena rm11! amek kau!
  • Bahan bahan tumis tadi curah ke dalam bekas spagheti tadi dan gaul mesra. Yes….! Dah bolih hidang dan hiaslah secantik mungkin. Pakcik sori lah nak hias hias….tak rock laaaa!
  • Memang nampak plain..kosong…tapi rasa best….kat piza hut pun nampak camni, tak menarik tapi pakcik suka lak. kat piza dorang tabur chili flake…ahhhh pakcik tak suka tu, kalau korang suka taburlah…no hal. Kalau suka bolih tambah bahan bahan lain tapi jangan over. Nanti dari sedap jadi tak sedap langsung.
  • oke, selamat mencuba dan selamat beramal….err bagi jiran sikit, jangan kedekut! Bye!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago