Project Description

Senang sangat nak buat Spaghetti Goreng ni. Campak-campak je dah siap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

30 min
MASAK

1 orang
HIDANGAN

Spageti Goreng Simple

Senang sangat nak buat Spaghetti Goreng ni. Campak-campak je dah siap!

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 paket spaghetti

  • 2 sudu garam (rebusan spaghetti)

  • 1/2 biji bawang kuning (dipotong kiub)

  • 500g daging kisar

  • 2 ulas bawang putih (dicincang)

  • 2 sudu besar cili boh

  • 1 1/2 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu besar sos cili

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil gula

  • Sedikit air rebusan spaghetti

  • 1 biji cili merah (dihiris)

  • 1/2 biji lada benggala kuning (dihiris)

  • 1/2 biji lada benggala hijau (dihiris)

  • Minyak

  • Mixed herbs

CARA PENYEDIAAN
  • Rebus spaghetti dan masukkan garam.

  • Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan masukkan bawang kuning.

  • Tumis sehingga naik bau dan masukkan daging kisar.

  • Masukkan bawang putih, cili boh, sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air rebusan spaghetti. Gaul.

  • Masukkan cili merah, lada benggala kuning dan hijau.

  • Masukkan spaghetti yang sudah direbus. Gaul.

  • Tabur mixed herbs.

  • Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.