Spageti Bebola Daging

Hidangan Sajian dari Barat, Spageti Bebola Daging mesti menyegat !!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

30 min
MASAK

6 orang
HIDANGAN

Spageti Bebola Daging

Hidangan Sajian dari Barat, Spageti Bebola Daging mesti menyegat !!

BAHAN-BAHAN
  • 1 paket spageti (Direbus sehingga lembut)

  • 500 g daging kisar

  • ½ cawan tepung jagung

  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu)

  • 1 tin cendawan butang (Dihiris)

  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)

  • 1 batang lobak merah (Dipotong dadu)

  • 1 cawan sos tomato

  • 1 sudu makan serbuk oregano

  • 1 sudu makan serbuk lada hitam

  • 1 biji capsicum merah (Dipotong dadu)

  • 1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu)

  • 50 g daun parsli (Dicencang halus)

  • 2 sudu makan minyak jagung

  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan daging kisar dengan tepung jagung. Bulatkan seperti bebola kecil. Ketepikan.

  • Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau.

  • Masukkan cendawan butang, tomato, lobak merah, sos tomato, serbuk oregano, serbuk lada hitam, dan garam. Kemudian kacau rata.

  • Masukkan bebola daging tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih dan masak.

  • Masukkan capsicum hijau dan capsicum merah. Kacau rata sekali lagi.

  • Tuangkan di atas spageti. Taburkan daun parsli semasa menghidang.

  • Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago