Souffle Cheesecake

Bersama jem.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Souffle Cheesecake

Bersama jem.

BAHAN-BAHAN

  • *60g tepung gandum
  • *25g gula halus
  • 200ml susu segar
  • 4 biji telur kuning
  • 80g mentega
  • 4 biji telur putih
  • 70g gula halus
  • Jem aprikot dan bluberi secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Letakkan susu dan krim keju (‘cream cheese’) yang dipotong kecil-kecil ke dalam periuk. Dengan api sederhana, panaskan susu sehingga mendidih. Kemudian padamkan api. Kacau sehingga krim keju cair.
  • Kemudian masukkan mentega dan telur kuning. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan pula bahan (*) yang telah diayak. Kacau lagi.
  • Sediakan ‘meringue’. Masukkan telur putih ke dalam mangkuk. Pukul sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Untuk cara lebih detail sila rujuk resipi meringue oleh nure.
  • Panaskan oven sehingga suhu 180 darjah.
  • Masukkan 1/3 daripada ‘meringue’ tadi ke dalam (2). Penaikkan dengan pemukul (‘whisk’).
  • Kemudian masukkan pula 1/3 ‘meringue’ lagi. Kacau dengan kaedah kaup balik. Masukkan pula ‘meringue’ yang selebihnya. Kacau lagi.
  • Isikan adunan ke dalam cawan muffin 1/2 penuh. Kemudian letakkan sedikit jem kat tengah. Letak lagi adunan sehingga 80% penuh.
  • Isikan alas oven (‘oven plate’) dengan sedikit air suam. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 15~20 minit. Turunkan suhu ke 140 darjah. Bakar lagi selama 30 minit.
  • Bila dah masak, bolehlah sapukan permukaan dengan jem aprikot untuk nampak berkilat.
  • TIP: Boleh juga bakar dalam loyang 18cm. Tak perlu letak jem sebab nampak tak cantik bila dipotong. Rasanya tetap sedap walau tanpa jem.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago