Sotong Tumis Harum

Variasi citarasa dalam memasak sotong…keharuman aroma serai & kicap Inggeris yang terserlah!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong Tumis Harum

Variasi citarasa dalam memasak sotong…keharuman aroma serai & kicap Inggeris yang terserlah!

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 3-5 ekor sotong (dibersih, dibelah, dipotong & dikelar-kelar; atau potong ikutlah cara masing-masing)
  • 1 batang serai (hujungnya dititik)
  • Air secukupnya untuk merebus sotong + sedikit garam
  • Bahan B (semua dihiris nipis-nipis):
  • 1 batang serai
  • 3 ulas bawang merah (kecil)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5 inci halia
  • Bahan C (semua dikacau bersama):
  • 3 sudu besar kicap Inggeris (sos Wochestershire)
  • 2-3 sudu kecil sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • Lain-lain bahan:
  • 1-2 sudu besar minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A: Panaskan air, masukkan garam & serai, dan rebus sotong hingga empuk/masak. Setelah itu tapis sotong, buang serai dan simpan sedikit air sotong untuk dijadikan kuah nanti. (Nota: boleh juga kalau nak dikukus sotong tu – jika tak nak rebuslah).
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kesemua bahan B. Bila dah layu dan naik keharumannya tu, masukkan sotong tadi. Kacau-kacau sedikit kemudian masukkan pula sosnya iaitu bahan C (jumlah bahan C boleh ditambah/kurang ikut citarasa sendiri). Kacau lagi, jika mahukan lebih kuah, masukkan bebrapa sudu besar air rebusan sotong tadi dan akhir sekali, masukkan garam sikit. Lepas beberapa saat mendidih tu, angkatlah (tak lama kerana sotong dah masak). Siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago