?? SOTO KAMBING ??

mudah, ringkas, cepat dan sedap…. http://yezzzza.blogspot.com/

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?? SOTO KAMBING ??

mudah, ringkas, cepat dan sedap…. http://yezzzza.blogspot.com/

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • Daging kambing secukupnya ( di potong kecil )
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • ** semua bahan A di hiris halus
  • Bahan B
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 5 biji bawang merah
  • 7 biji bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • ** semua bahan B di kisar
  • Bahan C
  • 4 biji buah keras
  • 2 sudu kecil biji ketumbar
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil biji lada hitam (sukatan ikut kepedasan masing2 ye)
  • ** kesemua bahan di atas hendaklah di sangai (di goreng tanpa minyak) dan di tumbuk halus
  • 7 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 7 biji bunga cengkih
  • minyak untuk menumis
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan daging kambing. Tunggu sampai daging kambing bertukar warna. macam separuh masak gituh.
  • Bila daging kambeng tersebut dah separuh masak, masukkan air secukupnya.
  • Di kuali lain, tumiskan bahan B hingga naik bau dan masukkan kesemua bahan C. Tumiskan hingga pecah minyak.
  • Selepas ini barulah masukkan rempah ratus yang ditumis tuh ke dalam sup kambing tadi dan kacau. Masak hingga daging kambing tu empuk dan lembut. Perasakan garam dan gula. Dah siap..
  • boleh hidangkan bersama nasi impit/bihun serta pelengkap soto yang lain seperti :-

    ~ begedil daging
    ~ daun sup
    ~ daun bawang
    ~ kacang tanah goreng
    ~ suhun goreng
    ~ kicap cili
    ~ bawang goreng
    ~ taugeh

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago