Soto Ayam

Bertambah lazat dengan bergedil.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Soto Ayam

Bertambah lazat dengan bergedil.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam – direbus
  • Sup bunjut Adabi
  • Bawang merah, bawang putih, halia – ditumis
  • Nasi impit Adabi – rebus je yang plastik
  • Suhun – digoreng
  • [Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • [Bahan Kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
CARA PENYEDIAAN
  • Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya (untuk memberikan lebih rasa). Kalau tak suka tak payah le bukak tapi nanti rase macam kuah sup ayam je.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yang direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yang telah ditumbuk tadi.
  • Ayam yang direbus tadi, digoreng dengan sedikit gaulan kunyit/garam.
  • Selepas goreng, carikkan ayam macam gambar di atas. Ayam carik siap.
  • Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
  • Untuk resipi bergedil pula, sila ke
    sini *Saya menggunakan resipi bergedil yang same macam kat pautan ni.
  • Akhir sekali, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
  • Hiaslah soto dengan carikkan ayam di atasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago