Sosej roll rangup

Rangup di luar lembut di dalam…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sosej roll rangup

Rangup di luar lembut di dalam…

BAHAN-BAHAN

  • 1. Sosej panjang satu paket yang ada 10-12 batang. Tak kisahlah ayam atau daging janji semua orang suka.
  • 2. Roti Gardenia @ High 5 @ apa sahaja brand. Dalam 12 keping. Kalau sosej 12 batang, roti pun 12 keping.
  • 3. Marjerin
  • 4. Telur 2 biji
  • 5. Bread crumb @ serbuk roti
  • 6. Garam dan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus sosej sehingga agak lembut. Toskan kemudiannya.
  • Sapukan marjerin atau mentega di atas roti. Kemudian gulungkan sosej dengan roti dan kepal-kepalkan agar sosej tidak tergolek keluar dari dalam roti.
  • Pecahkan telur 2 biji dan taruh sedikit garam. Kacau. Kemudian salutkan roti tadi dengan telur dan seterusnya dengan bread crumb. Dan goreng dalam minyak panas.
  • Angkat dan toskan agar roti tidak terlalu berminyak.
    Dan, apalagi bolehlah dihidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dicicah dengan sos.
    Selamat mencuba…
  • p/s: jika anak atau tetamu ramai, sosej boleh dipotong dua. Cuma tambahkan roti sekali ganda.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago