sejenis sos cili. sesuai untuk dips ikan goreng, udang goreng, fillet, nugget, keropok, tortilla dll. dari web middle eastern food.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
? Sos Harissa ?
sejenis sos cili. sesuai untuk dips ikan goreng, udang goreng, fillet, nugget, keropok, tortilla dll. dari web middle eastern food.
BAHAN-BAHAN
- 12 biji (atau 200gm) cili merah segar
- 3 biji bawang putih
- 1 sdt ketumbar
- 1 sdt caraway seeds (rupa dia mcm jintan juga, ada panggil jemuju.. entah ler..)
- ½ sdt jintan putih
- 2 sdb olive oil (nk tukar minyak sayur pun boleh)
- secubit garam
CARA PENYEDIAAN
- Rebus cili merah di dalam air mendidih selama 3 minit. Masukkan bawang putih sebentar kemudian tapis semuanya.
- Buang biji dan tangkai cili.
- Caraway seeds, ketumbar dan jintan digoreng tanpa minyak diatas api sederhana. Sentiasa kacau, jgn sampai hangus. Tutup api. Kalau ada batu lesung, boleh tumbuk dulu sebelum campur dgn cili dlm blender. Kalau tkde batu lesung mcm sy, sy masukkan je semua dlm blender..ok jugak.
- Blend semua bahan di atas dlm blender/food processor termasuk minyak dan garam hingga halus. Jika perlu iaitu jika bahan2 tidak dpt blend/pusing, masukkan lagi 1-2 sdb minyak.
- Sos harissa ni boleh bertahan hingga sebulan jika disimpan di dalam fridge. Titis-titiskan minyak setiap kali nk simpan semula.
- Sape2 yg kurang pasti rupa caraway seeds, dia macam jintan juga. Tk tahu lah adik-beradik ke sedara-mara belah mane.. kalau saya, saya beli je yg dlm botol kt supermarket.
- Sos harissa sesuai sebagai dips untuk pelbagai makanan. Selamat mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.