Solok lada jugak.

ajaran arwah bekas mak mertua……hamba suka cara dia….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Solok lada jugak.

ajaran arwah bekas mak mertua……hamba suka cara dia….

BAHAN-BAHAN

  • 18 biji lada hijau muda yang pedas yang besar2.
  • 5 ekor ikan kembong yang sederhana besar.
  • 1 biji kelapa parut yang putih saja.
  • 6 ulas bawang merah.
  • 1 inci halia.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Serbok lada hitam.
  • 500gm santan pekat/segera. (1 bungkus rm2)
  • 4 helai daun pandan.
  • 3 sudu gula, garam, serbok perasa jika mau.
CARA PENYEDIAAN
  • Lada dibelah dan dibuang bijinya dan dibersihkan.
  • Ikan kembong dibakar. Gunakan jaring pemanggang dan bakar pakai dapor gas je api perlahan agak2 dalam 10minit. Mudah cepat.
  • Kemudian ikan diambil isinye sahaja dan ditumbuk lumat. Ikan yang dibakar lagi harum bau dan rasanya.
  • Kelapa,bawang merah dan putih, halia juga ditumbuk lumat dan digaul dengan isi ikan tadi. Masukkan juga gula garam dan serbuk lada hitam.
  • Kemudian sumbat adunan dengan berhemah kedalam lada tadi. Sebelum diatur kedalam periuk alas dalam periuk dengan daun pandan.
  • Santan di campur dengan 200ml air dan sedikit garam, kacau dan dituang perlahan lahan kedalam dari tepi periuk. Masak hingga menggelegak dengan api slow dan tutup periuk masa memasak dan dijaga supaya tidak meruap keluar.
  • Cara hamba ini kuah santan tidak pecah lemak, sedap digaul dengan nasi, wangi daun pandan, harum ikan bakar, pedas lada tuh, manis2 gitu….kolesterol tinggi! ek eleh macam tak biasa….. cubalah try test tengok.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago