Snow White

Tidak ingat nama resipi, tengok rancangan Martha, salin resipi, cuba buat selepas itu makan. Memang sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Snow White

Tidak ingat nama resipi, tengok rancangan Martha, salin resipi, cuba buat selepas itu makan. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur (ambil putih sahaja)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • Bahan hiasan;
  • Pisang/strawberi/beri biru dan lain-lain
  • Sirap coklat atau apa-apa perasa yang anda suka
CARA PENYEDIAAN
  • Adunan 1 – Pukul putih telur sehingga kembang (bila terbalik tak kan jatuh), masukkan gula, esen vanila dan secubit garam. Ambil sedikit adunan tersebut dalam 5 sudu besar masuk ke dalam mangkuk lain (Adunan 2).
  • Panaskan oven. Ambil semula adunan 1 tadi campurkan cuka dan tepung jagung pukul sehingga sebati. Lapik kertas surih ke dalam loyang, masukkan adunan tadi ke dalamnya. Sebaiknya adunan ini tak mengena pada keliling loyang (letak di tengah-tengah), bakar sehingga 15-20 minit sehingga sedikit keperangan sahaja.
  • Angkat dan sejukkan adunan tadi. Ambil adunan 2 tadi sapukan ke atas ke atas permukaan adunan 1 tadi. Kemudian potonglah buah-buahan yang anda suka dan tuangkan sedikit sirap coklat sebagai perasa tambahan. Sejukkan dalam peti sejuk. Siap untuk dimakan. Memang sedap sekali.
  • Tak pasti resipi nama apa… Sesiapa tahu nanti bagitahulah, boleh saya ubah tajuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago