Project Description

sesuai untuk minum teh di waktu petang atau sarapan pagi dengan susu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

skon kurma oat

sesuai untuk minum teh di waktu petang atau sarapan pagi dengan susu

BAHAN-BAHAN

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 100g mentega sejuk
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan biskut oat dihancurkan
  • 10 biji kurma
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 susu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil baking soda
CARA PENYEDIAAN
  • masukkan susu, telur dan esen vanila dalam bekas.pukul sehingga sebati.
  • campurkan bahan kering seperti tepung, baking soda, serbuk penaik, garam, gula, biskut oat hancur ke dalam bekas lain.
  • dalam bahan kering itu tadi, masukkan mentega sejuk yang telah dipotong kecil-kecil. gaul dengan garfu sehingga sebati.
  • masukkan kurma yang dicarik-carik ke dalam bahan tepung.
  • tuangkan bahan basah ke dalam adunan tepung dan kacau perlahan-lahan.
  • adunan akan menjadi sedikit lembik.tapi jangan risau, setelah masak, tetap juga akan lembut seperti kek. sudukan adunan itu ke dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega
  • bakar dengan suhu 180’c selama 20 minit sehingga kembang dan merekah.hidangkan bersama susu segar ataupun teh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.