Side Dishes Nasi Ayam ala TCRS

kombinasi lauk-lauk nasi ayam ala The Chicken Rice Shop

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Side Dishes Nasi Ayam ala TCRS

kombinasi lauk-lauk nasi ayam ala The Chicken Rice Shop

BAHAN-BAHAN

  • A) Kerabu Mangga : 1 biji mangga muda – hiris nipis
  • 2 btg serai, hiris nipis
  • 5 tangkai cili padi – lebihkan kalau suka pedas
  • sedikit sos ikan
  • garam dan gula secukup rasa
  • hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan.
  • B) Ipoh Taugeh : Taugeh (anggaran 50¢)
  • 3 sudu sos tiram
  • sedikit lada sulah
  • hirisan cili merah, bawang goreng dan daun sup/bawang sebagai hiasan
  • C) Egg Tofu with Oyster Sauce
  • 2 bungkus tofu telur – potong 2
  • 1/2 cawan sos tiram campur 1/2 cawan air
  • sedikit lada sulah
  • bawang goreng, daun sup/bawang & hirisan cili merah sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Menu A) – campurkan semua bahan dan gaul rata. Hiaskan dengan cili merah dan daung bawang.
  • Menu B) – Buang kulit taugeh dan basuh taugeh bersih-bersih. Letakkan dalam mangkuk dan tuangkan sos tiram. Taburkan sedikit lada sulah dan hias dengan cili merah. Kukus sebentar (jangan sampai taugeh layu) dan keluarkan. Taburkan daun sup/ daun bawang & bawang goreng sebagai hiasan.
  • Menu C) – masukkan tofu yang telah dipotong kedalam mangkuk. Tuang campuran sos tiram dan air kedalam mangkuk tersebut. masukkan sedikit lada sulah. Kukus selama 2 minit.
    Setelah masak, keluarkan dan hias dengan bawang goreng & daun sup & daun bawang.
    *note* kalau nak sedap boleh tambah udang kering tumbuk macam kat TCRS tu..
  • resepi side dishes ini sedap dimakan bersama nasi ayam & roasted chicken. ia merupakan pilihan menu yang sihat kerana dimasak secara kukus dan tidak menggunakan minyak.
  • selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago