Resipi campak-campak…untuk orang yang sibuk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Siakap Maharani

Resipi campak-campak…untuk orang yang sibuk.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap
  • Sedikit tepung jagung
  • Sedikit kunyit
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • Sedikit halia (mayang)
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • 1 biji cili hijau (potong serong)
  • 10 sudu besar sos tiram
  • 10 sudu besar kicap pekat manis
  • 10 sudu besar sos cili
  • 10 sudu besar sos tomato
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • 1/2 labu bawang besar (potong bulat)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
  • Minyak
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan kunyit, garam dan tepung jagung. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan dalam pinggan hidangan.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap serta sedikit air. Biarkan seketika.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Masukkan pula cili hijau, cili merah dan bawang besar. Biarkan seketika.
  • Setelah agak pekat, angkat dan curahkan sos ini ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan taburkan daun sup dan daun bawang di atasnya. Sedia untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN