Serunding Mandai

Resepi ini diajar oleh arwah ibu mertua saya yang berketurunan Banjar. Selalunya selepas menggoreng isi buah cempedak arwah ibu mertua akan memotong nipis bahagian kasar kulit buah cempedak tersebut (seperti kita membuang kulit buah betik). Kemudian bahagian kulit yang berjerami akan dipotong sebesar kepingan roti, dibersihkan lalu diperap bersama garam dan beras goreng dan dijeruk selama lebih kurang 3 hingga 5 hari. Jeruk jerami cempedak ini disebut Mandai. Bila hendak memasaknya, ambil kepingan mandai ini, perahkan airnya sehingga kering, lalu dipotong dadu atau siat-siatkan jeraminya.

Serunding mandai ini enak dimakan dengan nasi, roti atau pun diratah begitu saja. Selain dari itu boleh juga dibuat masak lemak dengan ikan darat seperti sepat, puyu, haruan tetapi kepingan mandai dipotong seperti sebesar hirisan nenas.

Selamat mencuba, sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Serunding Mandai

Resepi ini diajar oleh arwah ibu mertua saya yang berketurunan Banjar. Selalunya selepas menggoreng isi buah cempedak arwah ibu mertua akan memotong nipis bahagian kasar kulit buah cempedak tersebut (seperti kita membuang kulit buah betik). Kemudian bahagian kulit yang berjerami akan dipotong sebesar kepingan roti, dibersihkan lalu diperap bersama garam dan beras goreng dan dijeruk selama lebih kurang 3 hingga 5 hari. Jeruk jerami cempedak ini disebut Mandai. Bila hendak memasaknya, ambil kepingan mandai ini, perahkan airnya sehingga kering, lalu dipotong dadu atau siat-siatkan jeraminya.

Serunding mandai ini enak dimakan dengan nasi, roti atau pun diratah begitu saja. Selain dari itu boleh juga dibuat masak lemak dengan ikan darat seperti sepat, puyu, haruan tetapi kepingan mandai dipotong seperti sebesar hirisan nenas.

Selamat mencuba, sedap!

BAHAN-BAHAN

  • Ikan bilis yang telah siap digoreng rangup
  • Bawang besar dihiris nipis
  • Cili padi atau cili kering dipotong kecil (lebih pedas lagi enak)
  • Minyak untuk menumis
  • Mandai (lihat penerangan di atas)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang, cili, ikan bilis dan mandai tadi. Perlahankan api dan masak sehingga garing dan kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago