Serunding kelapa udang kering

resepi yg sentiasa menjadi permintaan mertua setiap kali raya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Serunding kelapa udang kering

resepi yg sentiasa menjadi permintaan mertua setiap kali raya

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kelapa ( parut ambil yg putih sahaja )
  • 4 sudu besar ketumbar *
  • 2 sudu besar jintan kasar *
  • 4 sudu besar udang kering *
  • 3 batang serai *
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar *
  • garam, gula dan aji secukup rasa ( bergantung pada saiz kelapa )
  • pewarna kuning ( optional )
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan-bahan bertanda *. Boleh kisar kering atau campur sekali dgn lada kering yg hendak dikisar. Kalau boleh jgn byk air sebab akan melambatkan lagi proses memasak serunding.
  • Campurkan bahan kisar bersama kelapa parut tadi. Gaul rata dan sebati.
  • Sangai kelapa parut yg telah digaul tadi dgn api kecil. Agak2 dalam 15 minit, masukkan pula garam, gula dan aji mengikut selera masing2. Kalau suka manis, boleh tambah gula lebih sedikit.
  • Sangai lagi sehingga kelapa tadi menjadi kering dan peroi. Maksudnya sehingga kelapa tadi menjadi ringan.
  • Tujuan masak serunding sehingga ringan supaya serunding tadi boleh tahan lama. lagi lama masak lagi sedap rasa serunding tadi.
  • Boleh dihidang bersama ketupat, lemang, pulut mahupun nasi ambang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago