Project Description

Bagaimana cara nak masak Seri Muka Pelangi?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Seri Muka Pelangi

Bagaimana cara nak masak Seri Muka Pelangi?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A (Lapisan Bawah)
  • 2 cawan beras pulut  (Direndam) 
  • 2 ½ cawan santan cair 
  • 1 sudu teh garam
  • Bahan B (Lapisan Atas)
  • 4 cawan santan pekat 
  • 1 biji telur 
  • ½ cawan gula 
  • ½ cawan tepung kastard 
  • ½ cawan tepung gandum 
  • ½ sudu teh garam 
  • Sedikit pewarna kuning, hijau  dan merah
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan semua bahan A ke dalam loyang dan kukuskan. 
    2. Apabila sudah masak, tekankan di dalam loyang sehingga mampat.
    3. Bancuhkan semua bahan B kecuali pewarna dan tapiskan. 
    4. Bahagikan adunan tadi kepada 3 mangkuk yang berbeza.Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna. 
    5. Kukus semula pulut yang sudah ditekankan tadi. 
    6. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan. 
    7. Buat lapisan seterusnya sehingga habis. 
    8. Apabila sudah habis semua adunan sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.