Project Description

Bagaimana cara nak masak Seri Muka Durian?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Seri Muka Durian

Bagaimana cara nak masak Seri Muka Durian?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A (Lapisan Bawah)
  • 2 cawan beras pulut 
  • 2 cawan santan cair 
  • ½ sudu teh garam 
  • Bahan B (Lapisan Atas)
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1 cawan gula perang 
  • 1 cawan durian 
  • ½ cawan tepung gandum 
  • ½ cawan tepung jagung 
  • 1 sudu makan gula pasir 
  • ½ sudu teh garam 
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh beras pulut dan rendamkan selama beberapa jam. 
    2. Masukkan semua bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
    3. Sapukan sedikit minyak ke dalam loyang lain dan tekankan pulut yang sudah masak tadi. 
    4. Kisar santan, gula perang, dan durian ke dalam pengisar. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk. 
    5. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam bahan yang dikisar tadi. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 
    6. Panaskan adunan B di dalam kuali non-stick sehingga naik wap. 
    7. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana. 
    8. Apabila sudah masak, sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.