Semperit / Bunga Dahlia Kakbesah

walaupun kuih ‘lama’.. tp, tetap diminati ramai. bila org tua2 dtg berkunjung, kuih ni lah yg dicari. knak2 kecik pun suka, sbb kemam jer, cair dimulut.. “umi nk tuih munge..” hehehe..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Semperit / Bunga Dahlia Kakbesah

walaupun kuih ‘lama’.. tp, tetap diminati ramai. bila org tua2 dtg berkunjung, kuih ni lah yg dicari. knak2 kecik pun suka, sbb kemam jer, cair dimulut.. “umi nk tuih munge..” hehehe..

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku mentega/1 cawan majerin(250g)
  • 1 cawan mumbung/mmbukit gula icing(150g) / jika guna gula kisar= 1 cwn rata(130g))
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan rata tepung jagung @ tepung kastad(200g)
  • 1 cawan rata tepung gandum(100g)
  • 1 cawan rata tepung ubi (100g)
  • 2 sudu teh pewarna kuning(kalo guna tepung kastad tak payah bubuh)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • ceri utk hiasan @ yg lain2.
CARA PENYEDIAAN
  • cam biasa, putar gula & mentega hingga sebati, campurkn telur, esen & pewarna. putar 15-20 saat.
  • ayak ketiga3 tepung, campurkan sedikit demi sedikit kedlm bahan2 yg diputar sambil diuli perlahan, menjadi satu doh yg lembut. tambah tepung jagung jika masih lembik.
  • sapu dulang dgn mentega. masukkan doh dlm acuan bunga dahlia @ bergerigi(bdk2 kata belakang buaya..hihi). pancitkn doh atas dulang, hias ikut kreativiti masing2..
  • bakarlah biskut dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu, suhu 150c, slama +- 30 minit @ lebih @ hingga masak, mengikut kebiasaan oven masing2.
  • p/s; petua spaya bunga x jatuh lps dibakar- rehatkan biskut yg dh diterap sebentar (at least 1/2jam) sbelum dibakar. insyaAllah x jatuh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago