Resepi dari majalah diubahsuai sedikit-boleh dimakan dengan nasi atau roti..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Scramble Egg Special

Resepi dari majalah diubahsuai sedikit-boleh dimakan dengan nasi atau roti..

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur dipukul sedikit
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 tangkai daun bawang dihiris
  • 1/2 biji bawang besar dicincang
  • 1/2 lobak merah dicincang atau dipotong halus
  • 1 cili merah dihiris
  • 3 ekor udang sederhana dicincang (boleh digantikan dengan ayam)
  • Garam dan lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Ketepikan.
  • Panaskan 1 sudu mentega. Tumis bawang, cili dan daun bawang sehingga naik bau. Masukkan udang dan lobak merah. Masak 2-3 minit. Angkat.
  • Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam campuran telur dan kacau sebati.
  • Panaskan 1 sudu mentega lagi dan masukkan campuran telur. Kacau rata seperti membuat telur hancur biasa. Angkat dan hidang dengan nasi atau roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN