Sayur Kacang Masak Sardin

Mahu cuba kelainan sedikit…cubalah, ringkas saja masakan ini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sayur Kacang Masak Sardin

Mahu cuba kelainan sedikit…cubalah, ringkas saja masakan ini.

BAHAN-BAHAN

  • Sayur kacang panjang atau buncis (1 ikat harga RM1)
  • 1 tin kecil sardin tin
  • *Bawang merah 3 biji
  • *Bawang putih 2 biji
  • *Halia 1 inci
  • *Cili padi (kalau mahu pedas, letaklah ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, serbuk perasa dan gula (kalau mahu rasa manis sedikit)
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk lumat bahan bertanda *.
  • Tumis sampai kuning sedikit.
  • Masukkan sardin, kuah sardin masukkan separuh saja. Tumis 2 – 3 minit, masukkan garam, serbuk perasa dan gula (jika mahu rasa manis).
  • Masukkan sayur kacang yang telah dihiris memanjang.
  • Kalau mahu berkuah masukkanlah air sedikit. Masaklah sampai sayur kacang layu, sesuaikanlah rasa kemudian boleh angkat dan makan dengan nasi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago