Satsuma-Age (Bergedil Jepun) ala Melayu

Satsuma age ialah bergedil jepun yang biasanya dibuat dari isi ikan. Saya ubahsuai sikit untuk samakan dengan bergedil melayu. Bagus untuk habiskan bahagian ayam yang orang tak makan cth tepi leher, ekor, tulang dll.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Satsuma-Age (Bergedil Jepun) ala Melayu

Satsuma age ialah bergedil jepun yang biasanya dibuat dari isi ikan. Saya ubahsuai sikit untuk samakan dengan bergedil melayu. Bagus untuk habiskan bahagian ayam yang orang tak makan cth tepi leher, ekor, tulang dll.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan Isi ayam, dicincang
  • 1 biji kentang direbus, dilecek
  • 1/4 cawan lobak merah, dicincang
  • 1/4 cawan bawang besar, dicincang
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Secubit serbuk ketumbar (atau ketumbar ditumbuk halus)
  • Secubit serbuk lada hitam (atau lada hitam ditumbuk)
  • 1 sudu kecil cuka beras
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • Secubit garam
  • Secubit lada putih jika mahu
  • 1/2 biji telur, dipukul
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Kentang direbus dan dilecek. Isi ayam dikeluarkan dari tulang-tulang.
  • Cincang sayur/bawang dan campurkan dengan sedikit tepung (supaya senang melekat dgn adunan)
  • Campurkan semua bahan perasa, tepung, dan kentang kepada ayam, gaul hingga sebati. kemudian campurkan sayur dan bawang cincang tadi.
  • Pada ketika ini doh akan likat seperti jemput-jemput jika dipegang. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit.
  • Keluarkan doh dan bahagikan kepada 10 bahagian sama besar.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana.
  • Bulat-bulatkan doh dan celup dalam telur dipukul tadi. Lalu masukkan ia ke dalam minyak panas.
  • Masak selama 2-3 minit atau hingga keperangan seperti bergedil biasa. Tuskan dan hidang. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago