Satay Melayu Asli

Sate Pulau Pinang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Satay Melayu Asli

Sate Pulau Pinang.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
  • BAHAN PERAP:
  • 2 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak
  • BAHAN PERCIK:
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk
  • BAHAN KUAH:
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih, air dan serbuk perasa secukupnya
  • BAHAN-BAHAN LAIN:
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi sate secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar kesemua bahan perap hingga halus. Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam. Kemudian kelimkan pada lidi sate dengan kemas. Bakar hingga masak.
  • Gaulkan sebati minyak dan susu. Percikkan bahan ini di atas sate semasa membakar.
  • Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat. Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  • Sedia dihidang bersama timun, bawang besar dan ketupat nasi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago