Sardine Roll

Gabungan resepi & cari dari www.wanitamelayu.com. Sumber gambar phongsu78.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sardine Roll

Gabungan resepi & cari dari www.wanitamelayu.com. Sumber gambar phongsu78.

BAHAN-BAHAN

  • *1 tin kecil Sardin Cap Ayam
  • *1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • *1 biji cili merah (cili basah)
  • *2 biji limau kasturi (ambil perahan)
  • *Mayonis, lada sulah dan garam (sesedap rasa)
  • 2 keping kulit roti untuk dibuat serbuk roti (yang atas dan bawah)
  • 1 biji telur (dipukul – untuk celup roti)
  • Sedikit air masak (untuk celup roti)
CARA PENYEDIAAN
  • *Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian masukkan cili yang telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak-agak cili dah layu tutup api. Masukkan mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul dan ketepikan.
  • Bakar roti seperti biasa kita bakar untuk sarapan dan kemudian kisar kering. Ketepikan.
  • Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti dan gulung. Buat sehingga habis.
  • Sediakan pinggan roti yang telah digulung, pinggan yang berisi air masak, pinggan telur yang telah dipukul dan pinggan serbuk roti.
  • Sementara itu panaskan minyak dengan api yang sederhana perlahan.
  • Kenakan sekeliling roti (yang telah digulung) dengan air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan ke atas pinggan serbuk roti dan terus masuk ke dalam kuali (minyak telah cukup panas). Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup untuk memasakkan lapisan telur sahaja.
  • Hasilnya gulungan sardin anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap dimakan dengan sos. Cubalah!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago