Semalam baru buat untuk makan petang suami…licin hingga tak tinggalkan untuk saya..!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sardin Bungkus

Semalam baru buat untuk makan petang suami…licin hingga tak tinggalkan untuk saya..!!

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin sardin yang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 7 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 5 sudu besar tepung KFC
  • 1 cawan kecil air asam jawa
  • Sedikit gula, garam, Ajinomoto
  • 2 biji telur
CARA PENYEDIAAN
  • Buang kuah sardin. Basuh sardin dan golekkan ke dalam tepung KFC dan goreng. Angkat dan ke tepikan. Jangan goreng lama sangat nanti rasa tak sedap.
  • Bawang merah dan putih ditumbuk dan ditumis. Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga naik bau.
  • Masukkan kicap manis, air asam jawa, gula, garam, Ajinomoto. Kacau dan masukkan sardin.
  • Pukul telur dan goreng macam nak buat nasi goreng pataya. Bila telur dah agak masak masukkan pula sambal sardin, lipat dan terlangkupkan ke dalam pinggan.
  • Sedia untuk dimakan. Kalau tak habis boleh dimakan dengan roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN