bubuh ikan bilis atas permintaan Mr. Husband :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tumis Udang & Ikan Bilis

bubuh ikan bilis atas permintaan Mr. Husband :)

BAHAN-BAHAN

  • 10 ekor udang segar saiz sederhana
  • segenggam ikan bilis
  • 1 sudu besar blended bawang merah
  • 1 sudu besar blended bawang putih
  • secubit belacan
  • 30ml air asam jawa
  • 1 labu bawang besar, bahagi 2. setengah dipotong bulat, lagi setengah di potong dadu halus
  • sedikit garam dan gula sebagai perasa
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 1/2 sudu besar blended cili kering
  • minyak masak untuk menggoreng, secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ikan bilis dan udang hingga rangup. Ketepikan.
  • Tumis bawang besar yang dipotong dadu, diikuti oleh blended bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili boh dan blended cili kering dan kacau hingga naik minyak. Pastu jangan lupa masukkan air asam jawa yea.
  • Masukkan pula belacan, garam dan gula. Agak-agaklah, ikut selera masing-masing nak letak garam/gula banyak mana OK.
  • Last sekali, masukkan udang, ikan bilis dan bawang besar yang dah dipotong bulat tadi.. Kacau rata-rata.
  • Dah siaplah untuk dihidang… Nak masak masakan ni ambil masa singkat je. Yang penting cili kena masak betul-betul.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN