Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Ini resepi mama saya, makanan kegemaran keluarga. Sesiapa yang suka makan petai, pasti akan jatuh cinta dengan resipi ini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Ini resepi mama saya, makanan kegemaran keluarga. Sesiapa yang suka makan petai, pasti akan jatuh cinta dengan resipi ini.

BAHAN-BAHAN

  • Segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)
  • Segenggam besar bawang merah – dimayam (terlebih skit takpe, sambal semakin sedap)
  • Seulas bawang putih – dimayam
  • 1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yang telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
  • Santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dengan secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
  • Sebiji bawang besar – dimayam
  • Petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)
  • Garam
  • Minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing).
  • Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. Goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. Kacau hingga sebati kesemua bahan.
  • Masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati.
  • Masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali.
  • Kacau sekali sekala. Pastikan api kecil. Setelah pecah minyak, semuanya masak. Dihidang dengan nasi panas atau roti bom.
  • Resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago