Sambal Lengkuas Bonda

Masakan “all in one” x susah pun.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Lengkuas Bonda

Masakan “all in one” x susah pun.

BAHAN-BAHAN

  • 1 Mangkuk Lengkuas Muda (di hiris)
  • 1 Biji Kelapa (di parut dan ambil isi putih jgn ambil sampai ke bhg kulit)
  • 2 Genggam Ikan Bilis
  • 6 Inci Kunyit Hidup
  • 20 Biji Cili Padi
  • 4 Ulas Bawang Kecil
  • 3 Keping Asam Keping
  • 1.5L Air
  • 2 Cmb Garam Kasar
  • Garam dan Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk kunyit bersama 1 cmb garam kasar sehingga lumat.
  • Masukkan pula cili padi,bawang kecil dan 1 cmb garam kasar dan tumbuk bersama dengan kunyit tadi sehingga lumat.
  • Masukkan bhn yg telah ditumbuk tadi bersama kelapa parut, lengkuas yang dihiris, ikan bilis, asam keping dan air ke dalam kuali.
  • Masak sambal itu dengan menggunakan api sederhana.
  • Masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2 semasa sambal itu masih berair.
  • Kacau sambal itu sentiasa dan apabila hampir kering kecilkan api dan kacau sentiasa bagi mengelakkan drp hangus.
  • Apabila kelapa/sambal itu sudah betul2 kering (tidak berair lagi), tutup api dan hidangkan.
  • Makan bersama nasi putih panas ataupun pulut. Tidak perlu buat lauk lain sebab sambal tu lengkap kesemuanya hehehe.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago