Sambal Kelapa Talapia Bakar

Bagaimana cara nak masak Sambal Kelapa Talapia Bakar?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Kelapa Talapia Bakar

Bagaimana cara nak masak Sambal Kelapa Talapia Bakar?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 ekor ikan tilapia (Dibersihkan dan dikelar)
  • 3 biji limau kesturi (Dibelah 2)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Sambal)
  • 4 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
  • (Cili merah, cili api dan bawang merah dikisar bersama)
  • 2 sudu makan kelapa parut (Ambil putih sahaja)
  • 3 batang serai (Diracik)
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris halus)
CARA PENYEDIAAN
  1. Belahkan ikan dari kepala sehingga ekor. Sapukan garam di kedua-dua belah ikan.
  2. Di dalam mangkuk lain, gaulkan bahan B sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan sambal di dalam ataupun di belakang ikan (sekiranya dibelah belakang) tilapia.
  4. Bakar ikan sehingga masak sambil titiskan minyak pada pemanggang.
  5. Terbalikkan ikan supaya kedua-dua belah ikan masak.
  6. Hidangkan dengan hirisan limau kesturi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago