Sambal Belacan Power

Resepi orang jawa. Senang dan cepat dibuat. Resepi ini masih terbuka untuk ditambah/dikurang mengikut kreativiti masing-masing. Boleh dimakan dengan ulam, lauk dan sebagainya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Belacan Power

Resepi orang jawa. Senang dan cepat dibuat. Resepi ini masih terbuka untuk ditambah/dikurang mengikut kreativiti masing-masing. Boleh dimakan dengan ulam, lauk dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji lada merah besar (dibuang bijinya)
  • 2 biji cili padi merah (dibuang bijinya)
  • 2 inci belacan
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji limau kasturi
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng belacan, ikan bilis dan bawang merah menggunakan sedikit minyak sahaja. Goreng sehingga keperangan
  • Tumbuk lada merah dan cilipadi bersama garam dan gula sehingga agak lumat.
  • Masukkan bahan yang digoreng dan sambung tumbuk sehingga lumat
  • Hidangkan bersama perahan limau kasturi
  • *Jika suka pedas, tambahkan cili padi. Kesedapan sambal bergantung kepada jenis belacan. Pilih belacan yang paling sedap dan original(bukan dari kilang), seeloknya belacan kampung iaitu belacan gred 1 warna putih yang menggunakan udang putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago